December 7, 2008

Susulan Tragedi Tanah Runtuh









Operasi menyelamat dan memindahkan penduduk sekitar, lebih kurang 2000 orang diarahkan berpindah... dengan bantuan pihak tentera yang menyediakan laluan sementara untuk keluar dari kawasan kejadian..
MUSNAH ... Beginilah keadaan dua daripada 14 rumah banglo di satu daripada taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, yang musnah akibat tanah runtuh awal pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, menyebabkan empat terkorban membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki manakala 15 lagi cedera. Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.Kejadian turut menyebabkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap. - BERNAMA


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata "Nobody seems to have learnt from the lessons of the (Highland Towers) tragedy. So many years have since passed and today there are incidents like this happening again." Beliau kehilangan anak lelaki Rashid Carlos dan menantunya Rozita dalam tragedi Highland Towers...

ini pula perkembangan terkini dari utusan online...

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Setakat 11 pagi ini, polis berjaya mengeluarkan tiga mayat iaitu seorang lelaki berketurunan Melayu dan seorang ibu serta anaknya berketurunan Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dua daripada mayat itu sudah dikenal pasti identitinya.

``Operasi mencari dan menyelamat tujuh lagi mangsa yang terperangkap masih diteruskan,’’ katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat lokasi kejadian itu.

- Utusan

No comments:

WEBHOSTING & DOMAIN @ RM100/YEAR

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!