April 26, 2011

Kata TAK NAK MEROKOK......gini kesudahannya

Kes mahkamah aku......kesalahan Tidak Pamer Papan Tanda Larangan Merokok Di Premis Hawa Dingin


Sapa nak dengaq citer aku....dialu-alukan.....mai aku citer kesudahannyaaa kes aku nii.......


Tepat pukul 8.30 pagi, aku sdh sampai di Mahkamah Sg. Petani dan terus naik ke tingkat 2 bilik bicara .............aku buka pintu utama bilik bicara....... dlm bilik tersebut dilihat 2 orang.........hakim tak ade lagi........jadi aku tunggu kat luar dulu.....


Tunggu...punya tunggu......mai lah 4 pegawai dari Pejabat Kesihatan Kuala Muda.....2 pegawai terus mai jumpa aku...terus tanya keputusan aku.......aku tak kasi tahu keputusan aku kat depa nak ngaku bersalah atau tak.....depa hanya nasihat aku supaya mengaku bersalah ......dan lepas tu bleh buat rayuan.......depa kata kalu ngaku bersalah.. ....u senang kami senang.....kalu tak mengaku bersalah....payah lah sikit.......nampaknye hukuman berat menanti


Aku pikir2 ....tak ade penyelesaian... dah msk 4 bulan kes aku ni.....hari ni aku kena selesai juga.......


Lebih kurang gini citer dlm bilik bicara

Bangun (semua org bangun bagi hormat kpd hakim)

Jurubahasa : (memanggil nama)

(aku pun ke hadapan)

Jurubahasa : mengaku bersalah?......

Aku : saya mengaku bersalah tapi saya nak cakap sikit...bleh tak?
Jurubahasa : nanti ........dok dulu

Lebih kurang 5 minit....(jurubahasa panggil aku kembali)

(jurubahasa membaca kes aku)

Jurubahasa : mengaku salah?
Aku : saya mengaku bersalah

Jurubahasa : dia mengaku bersalah (jurubahasa bercakap dgn hakim)
Hakim: ada berapa tanggungan .....
Aku : (aku pun citer lah tanggungan aku)......saya nak cakap sikit
Hakim: saya dah tahu...
Aku:( dlm hati aku kata daksyatnye hakim ni bleh tahu isi hati aku)
Hakim :rmXXX (denda)
Jurubahasa : bleh kah.....rmXXX
Aku : bleh kurang lagi ke rmXX.......
Jurubahasa : tak bleh......dah kurang dah.....sila duduk

(aku pun duduk)

seterusnyaaa.....

Pendakwaraya : (cuit)

(suruh ikut dia pi buat bayaran denda di tingkat bawah)

Alhamdulillah kes aku selesai tapi cara perlaksanaan undang2 tersebut tetap aku tidak puas hati.....


Pengajarannya ...


  1. Hukuman yang dikenakan kepada aku membuat aku merasa bersalah berpanjangan menggalakkan orang menghisap rokok di premis aku. Patutlah pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kuala Muda yang baru pertama kali datang terus mengeluarkan notis kesalahan di mana aku tidak tahu ia satu kesalahan besar tidak mempamirkan. Tidak penah lagi aku lihat org menghisap rokok dalam premis butik ni.
  2. Kesalahan yang aku lakukan ini berat tiada maaf dan tolak ansur, Adillah pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kuala Muda wajib mengeluarkan notis kesalahan kerana premis aku menggalakkan orang menghisap rokok jika aku tidak pamirkan tanda larangan merokok
  3. Tidak pamirkan tanda larangan merokok tidak menunjukkan aku benci pada rokok

April 23, 2011

Pantai Merdeka

Sepetang mandi manda aku sekeluarga di Pantai Merdeka. Pantai Merdeka yang aku lihat dulu dengan sekarang telah banyak berbeza. Pantai Merdeka telah ditambah baik dengan wajah baru seperti medan selera yg bersih dan selesa, permainan kanak2, tempat berkhemah, menara JPA dan resort. Pemandangan kawasan sekitarnya menarik dan menyeronok.

Ketenangan Pantai Merdeka dapat lihat dengan ombak yang membadai pantainya. Paling penting kebersihan kawasan dan sekitarnya pantainya dijaga. Kebersihan sekitar pantainya dijaga maka keindahan Pantai Merdeka terpancar dan seronok untuk bersantai dan berkelah. Keseronokan pengunjung diukirkan dengan senyuman. Bersama kita menjaga kebersihan Pantai Merdeka.

(Photo- ketenangan alunan ombak Pantai Merdeka)

Jauh pandangan permai terletak Tanjung Dawai dan Gunung Jerai. Bot2 berulang alik dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai bersama pengunjung di kedua2 tempat tersebut. Di Tanjung Dawai, anda boleh membeli belacan, ikan kering, keropok dll. Di Pantai Merdeka pulak, anda boleh bersantai atau berkelah.

(Bot membawa pengunjung dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai)


(Nun di sana Gunung Jerai)






(Aku,Cik Jan, Cik Nurin dan Cik Adila)






Jom mandi laut di Pantai Merdeka.....rancang punya rancang ...akhirnye....tercapai juga kami membawa cik nurin mandi laut kat Pantai Merdeka. Sampai je kat Pantai Merdeka....cuaca pada mula...alhamdulillah baik, kira2 pukul 5 petang..... hujan mula turun......apa lagi angkat kaki balik....kepuasan dan keseronokan terpancar pada cik nurin dan cik adila........tengok aku tu pakai topi koboi....koboi laut katakan..... bersama cik jan dok latih cik nurin dan cik adila nak pecah rekod berenang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai......bleh ka?.....brani ka?.....berjaya ka?........yang pasti kami semakin hampir je............tapi kat Pantai Merdeka.....bukan Tanjung Dawai......

Pakat2 mai ke Pantai Merdeka. InsyaAllah, kedatangan anda pasti membawa keseronokan dan kepuasan dengan pemandangan Pantai Merdeka........pasti balik dengan kenangan Pantai Merdeka.....sambil dengaq lagu Cinta Pantai Merdeka...

April 17, 2011

tips pengayaan tudung

1. Pilihan kain dan anak tudung
  • Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai. Pilih juga dari jenis yang selesa.Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai
  • Kain tudung yang terlalu besar juga tidak sesuai. Ia boleh mencacatkan keseluruhan penampilan.

Pilihlah jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.

2. Majlis Korporat

  • Penggunaan tudung bersaiz empat segi adalah paling sesuai
  • Kain dari jenis kurang licin adalah lebih praktikal
  • Jenis fabric yang disarankan adalah kain kasa, cita bercampur, crepe dan gogette.

3. Majlis kasual atau siang

  • Elakkan tudung yang bermanik berlebihan. Ini kerana ia hanya sesuai untuk ke majlis formal atau makan.
  • Tudung bercorak lebih sesuai dipadankan dengan pakaian.

4. Selendang

  • Berselendang adalah sesuai digayakan ke majlis yang lebih formal.
  • Keanggunan akan terselah dan lebih menarik dipadankan dengan hiasan kerongsang ditepi bahu.
  • Jenis selendang paling sesuai seperti polyester, viscose silk dan sifon.

5. Selendang dan penjagaan rambut

  • Jenis fabrik juga penting dari aspek pengalian udara ketika memakai selendang.
  • Udara yang boleh bergerak bebas boleh menjaga kesihatan rambut juga menjaga kesihatan kulit kepala. Ia penting khusus untuk mengelak rambut menjadi panas. Rambut akan senang berbau hapak akibat peluhdikulit kepala. Keguguran rambut pasti berlaku.

6. Anak tudung

  • Pilihlah dari jenis kain yang tidak mudah melurut atau licin. Selendang akan mudah lucut dengan kain jenis ini.
  • Jika berambut pendek, gunakan saja 'hairband' atau cekak yang nipi. Mengikat selendang juga akan menjadi mudah.
  • Pastikan juga warna anak tudungn tidak sama dengan tudung atau selendang. Ia boleh menampakkan penampilan yang sudah berusia.

7. Berwajah bulat atau berisi

  • Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.
  • Kemaskan dibahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.

8. Berwajah sawo matang hingga gelap

  • Pilihlah dari warna-warna lembut
  • Bunga atau corak juga jangan pilih dari jenis bunga-bunga besar arau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar.

Nota :

Kecantikan tidak dapat dipisahkan oleh wanita. Oleh itu tuntutan Islam dalam berpakaian sepatutnya memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Menutup aurat
  • Menjaga kebersihan
  • Mementingkan kekemasan
  • Menjaga keselamatan wanita tersebut
  • Jenis Fabrik yang digunakan hendaklah tidak nipis dan jarang
  • Potongan baju juga tidak ketat
Bersama @ jumpa kami :-


Website
:-

http://www.mybutik2u.com/catalog/


Facebook :-

http://www.facebook.com/pemborong.mybutik2u

http://www.facebook.com/mybutik2u

Outlet :-

No.20, Jln. Tuanku Haminah 1, Tmn. Tuanku Haminah, Sg. Petani, Kedah Darulaman


April 16, 2011

ketidakpuasan hati pd pelaksanaan undang2 pamer tanda melarang merokok

Pendirian

Kami benci perbuatan orang menghisap rokok. Sudah dah tahu merokok tu membahayakan kesihatan diri sendiri dan org sekeliling. Perbuatan merokok menyebabkan undang2 diciptakan dimana premis berhawa dingin diwajibkan mempamerkan tanda melarang merokok.

Undang2 tersebut telah dikenakan kepada butik kami. Kami tidak mengetahui mempamerkan tanda melarang merokok wajib dipamerkan di butik kami. Kami merayukan kpd pegawai diberikuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda tidak mengeluarkan notis dan memberi kami tempoh mempamerkan tanda melarang merokok tetapi kami dilihat spt melakukan kesalahan besar.

Inilah sebahagian kenyataan dlm notis tersebut,


Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah.... Kesalahan gagal mempamerkan tanda berkenaan dengan larangan merokok di bwh akta makanan 1983 peraturan 12 (2) peraturan2 kawalan hasil tembakau 2004 dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda.... Diperintah supaya hadir sendiri @ mll peguam di mahkamah majistret di Sg. Petani pada 13/12/10 jam 8.00 pagi.... Gagal hadir, suatu waran tangkap boleh dikeluarkan mengikut subseksyen 32B(2) akta.... Kesalahan ini blh dikompaun......dinasihatkan utk membayar kompaun kesalahan seblm 11/11/10 di mana2 pejabat kesihatan daerah

Persoalan

  1. Bolehkah Akta Makanan 1983 dikenakan pada sebuah premis butik sbb kami bukan premis makanan
  2. Keperluan tanda melarang merokok tidak diberitahu semasa memohon lesen perniagaan di Majlis Perbandaran Sg Petani seperti meletakkan alat pemadam api
  3. Pegawai diberikuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda hanya melaksanakan undang2 dgn menghukum drp mendidik
Bantahan

Kami bukan membantah undang2 berkenaan tetapi cara melaksanakan undang2 tersebut, patutkah kami dikenakan notis berkenaan tanpa diberi amaran terlebih dahulu. Kami tidak mengetahui satu kesalahan tidak mempamerkan tanda melarang merokok di butik kami.

Pada pandangan kami, mempamerkan tanda merokok bkn kesalahan besar tapi kesalahan besar sepatutnya diletakkan kpd perokok. Perlaksanaan mempamerkan tanda melarang merokok bukan payah hendak dipamerkan. Harga papan tanda dilarang merokok pun hanya RM25 shj.

Cara perlaksanaan sepatutnya

Kami mempertikaikan cara melaksanakan undang2 tersebut. Pegawai diberikuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda lebih suka menghukum drp mendidik. Sepatutnya perlaksanaan undang2 berkenaan dengan bertindak seperti berikut :-
  1. Menyeru iaitu war2kan di media cetak dan elektronik @ kempen
  2. Menyuruh dengan pengawai berkenaan turun padang bagi memastikan perlaksanaan dgn memberitahu keperluan mempamerkan tanda melarang merokok dan memberi tempoh mempamerkan
  3. Menghukum jika tempoh yg diberi tidak dilaksanakan. Lain pulak dengan pegawai kesihatan Daerah Kuala Muda yg baru turun padang dengan menghukum dgn mengeluarkan notis......sukanyer depa dengan kepayahan org lain
Jika tindakan berkenaan diambil, insyaAllah semua pihak akan menerima apa2 seadanya. Butik kami telah mempamerkan tanda melarang merokok seperti dikehendaki. Tinggal kes mahkamah je boleh selesai......insyaAllah, kami akan cakap ketidakpuasan hati tentang perlaksanaan undang2 berkenaan

suara yg kecik, sapa nak dengaq, sapa nak tolong.........hanya minta pertolongan dgn jln sabar dan solat

26/4/2011 ke mahkamah majistret, Sg Petani untuk perbicaraan, apa kesudahan lepas ni......semoga Allah S.W.T memberi jln keluar kepada kami terhdp ujian ini, amin.




hari lahir nurin ke 2th dan abah ke ??

kek coklat drp cikmas utk nurin pd ari lahir ke 2th dan abah ke berapa tah....(kenangan 2010 tu......imbas kembali)

nurin tak sabar nak potong kek coklat....cepatlahh

sedapp lorrrr......

Jom Bisnes Bersama mybutik2u

Jom Bisnes

Minat bisnes tapi ….. macam2 difikirnya….sibuk?......modal? …malu ? …. berani mencuba menjual saja, tahu boleh jual atau tak…..Lihat mutiara kata ini

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."

Jadi, nak bisnes kena BERANI….. nak berani kena bina keyakinan…… Oleh itu, YAKIN kita boleh lakukan,insyaAllah

Lihat mutiara kata ini "Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

Mulakan dengan betulkan niat kita, kedua, bulatkan hati kita utk melakukan sesuatu perkara dan ketiga, berikan tekanan kpd diri sendiri

Formula : BERANI + YAKIN + USAHA + TAWAKAL = BERJAYA,INSYAALLAH

RISIKO kena dihadapi dan atur cara mengatasi..…. tanpa risiko pasti kita bermain-main je, bila ada risiko kita serius dlm kerja………barulah kita akan mula mengatur strategi jualan….baru ada perlawanan (persaingan)......hasil yg dicari untung (profit), insyaAllah sama2 kita mendapatnya

Oleh itu, atasi risiko dengan berani mencuba, insyaAllah pasti boleh…..lihat mutiara kata ini "Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

Satu lagi masalah kita adalah MALU dan SEGAN…… salah satu cara utk mengatasinya ilh mula dgn tunjuk2 dulu, lama2 kita akan pandai menjual . Dalam zaman internet ni, tidak ada malu dan segan lagi……berbagai cara digunakan utk menjual produk dgn kreativiti masing2

Dok main difikiran kita, apa nak jual?

Kami cadangkan menjual TUDUNG mybutik2u sbb pelabuhan kecil, pulangan lumayan. Keuntungan sehingga 40%. Cuba dahulu, insyaAllah anda pasti dapat menjualnya……..Lihat mutiara kata ini "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang".

Kenapa pilih kami?

Butik kami menjahit sendiri TUDUNG. InsyaAllah, kami akan memastikan jahitan kemas dan fabrik yg berkualiti. Kenali butik kami di http://www.facebook.com/pemborong.mybutik2u#!/note.php?note_id=155883444467125 dan borong dgn butik kami, sila baca terma dan syarat di http://www.facebook.com/pemborong.mybutik2u#!/note.php?note_id=155676284487841

Bagaimana nak mula?

Mula buat belian borong TUDUNG mybutik2u dgn 10 helai dulu, kami berikan diskaun 30% atau 1 kodi (20 helai), kami berikan diskaun 40%. Kami juga memberi pilihan kepada anda utk pelbagai corak, design dan size. Oleh itu, terdapat pelbagai corak, warna dan size untuk pilihan pelanggan anda…….Lihat mutiara kata ini "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah."

Nak jual kat sapa?

Jual kat pejabat, jiran2 dan ahli keluarga, insyaAllah adalah pelanggan.....tak mula…. cam mane nak tahu blh jual ke tak, betul tak?

Jom kawan2 ….kita mula bisnes …..sama2 kita meningkat ekonomi ummah…….sama2 lah kita panjatkan doa semoga kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat, amin.

Jom Bisnes….Pakat2 bisnes dgn mybutik2u….berKualiti . berGaya . berBaloi

April 14, 2011

nurin naik gajah.......

apa! nurin naik gajah....biaq betoi?....betoi lah nurin naik gajah mainan tunggangan yg digerakkan oleh bateri......nurin rasa hairan apabila selisih ngan satu lg mainan tunggangan juga tp tak serupa.....apa yg bermain di fikiran nurin tu........mgk nurin dok pikiq....nape mainan kawan tu besa drp mainan tunggangan nurin...setahunya gajah je binatang yg besa.....ada lagi binatang lain yg lebih besa drp gajah nurin ni.........hairannyerr

nurin dah tak takut dahh...ngan mainan ni.....dulu2 mmg nurin takut.......la ni dah berani....jgn jumpa sudah.....kalu jumpa jee....nak naik laaa.......egok gambaq bwh ni.....nurin dah pandai bawa sendiri mainan ni......seronoknyerrrrr






April 13, 2011

abis power...

video
gelagat cik nurin....kena tengok sampai abis.......

April 12, 2011

April 10, 2011

memori daun pisang ka?


bulan 6 tak lama dah... pejm celik, pejam celik...sampai laaaaa.... awat duk tunggu bulan 6 pulak? ha la...nak kenduri wehhh... adik ipar ku Nurul Husna (nama seperti dalam IC) dgn tunangnye Mohd Azhar (nama sebenaq) ... adik bongsu la ni.. so kenuri kasi meriah skit...

tema? pepel la... ni..sekodi beli kain nak boria satu family nih... semua pun sporting pakat2 stuju nak jadi ahli boria... ye la... lepas ni tah bila lagi nak ada kenduri kawen nih... tunggu anak2 sedara besaq dulu la... lama lagi tuh...

tapi la ni dah mudah kan... bab2 makanan... catering uruskan... bab2 pelamin + mekap + baju pengantin + bilik pengantin dan serba serbi lagi... butik pengantin uruskan... bab2 foto-memfoto... photographer uruskan... abih tuuuuu.... kita uruskan fulusnya saja la... hehehe...

kalau dulu2... sehari seblum kenduri... org kampung dah pakat gotong royong (apa nama org panggei haaa?)... ala yg org pakat2 pi potong bawang sayoq...potong daging tu... pastu esoknya... pakat2 masak la... pastu ada pulak 'mentara' (ni bukan yg mentera semerah padi tuh na)... 'mentara' ni.. mcm org yg sukarela jadi pelayan atau pembantu di majlis kenduri tu la... ada yg jadi tukang hidang... tukang basuh pinggan... tukang bancuh ayaq... tukang bagi teloq... tua muda sama2 tolong... tapi la ni dah jarang jumpa kan? zaman aku kawen dulu (10 tahun dulu la...) masih ada lagi...

pastu zaman kakak aku kawen... org pasang 'balai' depan umah... syiok ooo... 'balai' ni mcm khemah zaman skrg la.. yg ni dibuat drpd kayu... pasang pakai skru... ada tangga... mlm sebelum kenduri... org guna 'balai' ni untuk potong2 daging... hari kenduri pulak... ahli2 marbahan la duk atas ni... hah... marhaban... best kan? memori oh memori... ermmm... dah mcm memori daun pisang la pulok... ahaks







April 9, 2011

tudung maintenance free?


hah? aku suka sangat kalau tudung yg senang nak menten nih... ngapa? sbb aku basuh tudung semer masuk mesin basuh ja... nan hado nya aku nak hand wash satu2... kalau yg berawning tu... lepas keluar dr mein basuh... dah kering tu... bila nak pakai... kena lah merajinkan diri meng'iron' awning tu supaya kembali 'terletak' dan nampak comel bila dipakai (tudung ye, bukan tuan yg pakai tu comel)

tapi hari tu (dah lama gak la...) ada sorang kawan merangkap kastemer yg tempah anak tudung awning lembik (hahhh??? lembik?!) ... haaa... maksudnya...dlm awning tu.. kita tak letak apa2 interlining lah... hanya kain lycra semata2... dah boleh bayangkan ke? aku start dgn 1 helai je..sekarang dah berhelai2 dlm koleksi... nak tengok contoh.. mcm ni la.. aku buatkan utk si nurin... (maaf ye..model pon tak leh lepaskan putingnye)



sebenarnya bila dah pakai tudung ni...baru tahu... 'sedap' sangat...kekeke.. mcm benda makan la pulak... ala.. kira selesa la... senang nak jaga... senang nak basuh... nak packing sekali dgn kain baju bila pegi travelling pun mudah.. takyah pening2 duk pikir takut awning kemek atau terpeleot... hehehe... ambil je dari ampaian... zappp.. terus sarung... keluar je dari beg... terus pakai... semudah A...B...C...O...P...Q...

April 8, 2011

mybutik2u Dropship Reseller


dah lama dah.... hehe...yg sebenarnya dari dulu ada yang duk minta izin nak gunakan gambar2 catalog tudung mybutik2u ... sampailah cikyon kata... why not? kita buat lah Reseller Program... daripada diorang gunakan gambar sewenang2nya... kita buat secara proper... ada terms & conditions... so... ok lah...

kita pun war2kan..terutama sekali kepada fan page mybutik2u... alhamdulillah... sambutan memberangsangkan... aktif juga reseller mybutik2u nih...

apa yg bestnya? ini umpama BISNES TANPA MODAL... ada ka bisnes yg tak payah keluaq modal? ya... musti la ada... kami sediakan catalog... anda promote... jika ada sales... baru buat bayaran pada kami.. dan kami akan poskan tudungnya direct kepada customer anda... modal anda??? sudah memadai jika anda mempunyai akaun facebook atau blog sendiri.... itu saja...
dan jika jualan anda mencapai target... boleh dapat BONUS tuuuu.... hehe

buat masa sekarang ada lebih 20 orang reseller berdaftar... dan drpd jumlah itu... ada lebih 10 org yg sangat2 aktif... masih belum terlambat... andaikata anda bertemu blog ini ketika blog walking... andaikata anda berminat nak memulakan bisnes, tapi pening duk pikir nak cari modal... jom lah try... mudah aje... ini adalah langkah pertama:



April 6, 2011

ragam model cik nurin

Tengok sini nurin......nak ambil gambar ini.....1...2....3....perapppp.......















Berminat dgn tudung mybutik2u boleh layari laman
http://www.mybutik2u.com
atau sertai kami di http://www.facebook.com/mybutik2u.
  • 100% tudung dijahit di Butik KNM @ www.mybutik2u.com.
  • Butik KNM menerima belian RUNCIT dan BORONG.
  • InsyaAllah, kualiti diutamakan dengan harga yang mampu beli.
mybutik2u....berKualiti . berGaya . berBaloi

35 tahun dah berada di planet bumi.....cikmas

2 April 2011, cikmas masuk 35 tahun dah. cikyon dan cik nurin ucapkan selamat hari lahir ...... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan juga mendapat kebaikan dunia dan akhirat, amin. cikyon dan nurin beli kek selamat hari lahir ke 35 tahun kat cikmas

April 5, 2011

Kisah Pelajar UIA Mimpi Jumpa RASULULLAH S.A.W

Anugerah Allah S.W.T kepada akak ini.........cerita ini menyentuh perasaan ku.......semoga Allah S.W.T memberi anugerah untuk hamba Mu ini berjumpa Rasulullah S.A.W

WEBHOSTING & DOMAIN @ RM100/YEAR

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!