June 12, 2011

kenduri kawin adik bongsu ku.........

alhamdulillah, hari ditunggu-tunggu sudah tiba......kenduri kawin adik bongsu ku dilangsungkan pada cuti sekolah bersamaan hari cuti besday agong jatuh 4hb Jun 2011.....ni adalah kenduri kawin terakhir buat anak2 pak a.kadir..........

zaman skarang kenduri kawin pakai katering...... katering pilihan kami adalah katering pak majid.......masakan sedap belako........masakan tambahan dilakukan secara rotong royong di antara ahli keluarga ngan jiran2 sekeliling...... disediakan bubur lambuk, gulai ikan talang, ikan talang goreng dan buah belimbing.........

tengahari......jemputan2 mula mai ....jem juga seketika........tapi syukur semua dapat merasakan makanan yg disediakan...

tepat pukul 2ptg......rombongan pihak pengantin lelaki tiba.......rombongan disambut pengantin pompuan dan keluarga diarak ngan bunga manggar........keadaan masa tu jem seketika.....jemputan2 dok ushar pengantin yg tiba......pengantin diletakkan kat pelamin dulu dan lps tu diberikan santapan raja sehari.......meriah sungguh

tima kacih kpd semua sanggup membantu menjayakan kenduri kawin adik ku........alhamdulillah, semuanye berjalan lancar.......

May 12, 2011

serupa tapi tak sama

ada sama tak muka ini dua orang? hehe.. rambut kompem sama..geng rambut ketak! dagu ada skit...umor lebih kurang je.. ni Aida... kalo dgn Nurin, kira pangkat anak sedara... kalo ngan aku... kira pangkat cucu wehhh.... aiyaaa...sudah ada cucu nihhhh...isk..isk..isk...




April 26, 2011

Kata TAK NAK MEROKOK......gini kesudahannya

Kes mahkamah aku......kesalahan Tidak Pamer Papan Tanda Larangan Merokok Di Premis Hawa Dingin


Sapa nak dengaq citer aku....dialu-alukan.....mai aku citer kesudahannyaaa kes aku nii.......


Tepat pukul 8.30 pagi, aku sdh sampai di Mahkamah Sg. Petani dan terus naik ke tingkat 2 bilik bicara .............aku buka pintu utama bilik bicara....... dlm bilik tersebut dilihat 2 orang.........hakim tak ade lagi........jadi aku tunggu kat luar dulu.....


Tunggu...punya tunggu......mai lah 4 pegawai dari Pejabat Kesihatan Kuala Muda.....2 pegawai terus mai jumpa aku...terus tanya keputusan aku.......aku tak kasi tahu keputusan aku kat depa nak ngaku bersalah atau tak.....depa hanya nasihat aku supaya mengaku bersalah ......dan lepas tu bleh buat rayuan.......depa kata kalu ngaku bersalah.. ....u senang kami senang.....kalu tak mengaku bersalah....payah lah sikit.......nampaknye hukuman berat menanti


Aku pikir2 ....tak ade penyelesaian... dah msk 4 bulan kes aku ni.....hari ni aku kena selesai juga.......


Lebih kurang gini citer dlm bilik bicara

Bangun (semua org bangun bagi hormat kpd hakim)

Jurubahasa : (memanggil nama)

(aku pun ke hadapan)

Jurubahasa : mengaku bersalah?......

Aku : saya mengaku bersalah tapi saya nak cakap sikit...bleh tak?
Jurubahasa : nanti ........dok dulu

Lebih kurang 5 minit....(jurubahasa panggil aku kembali)

(jurubahasa membaca kes aku)

Jurubahasa : mengaku salah?
Aku : saya mengaku bersalah

Jurubahasa : dia mengaku bersalah (jurubahasa bercakap dgn hakim)
Hakim: ada berapa tanggungan .....
Aku : (aku pun citer lah tanggungan aku)......saya nak cakap sikit
Hakim: saya dah tahu...
Aku:( dlm hati aku kata daksyatnye hakim ni bleh tahu isi hati aku)
Hakim :rmXXX (denda)
Jurubahasa : bleh kah.....rmXXX
Aku : bleh kurang lagi ke rmXX.......
Jurubahasa : tak bleh......dah kurang dah.....sila duduk

(aku pun duduk)

seterusnyaaa.....

Pendakwaraya : (cuit)

(suruh ikut dia pi buat bayaran denda di tingkat bawah)

Alhamdulillah kes aku selesai tapi cara perlaksanaan undang2 tersebut tetap aku tidak puas hati.....


Pengajarannya ...


  1. Hukuman yang dikenakan kepada aku membuat aku merasa bersalah berpanjangan menggalakkan orang menghisap rokok di premis aku. Patutlah pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kuala Muda yang baru pertama kali datang terus mengeluarkan notis kesalahan di mana aku tidak tahu ia satu kesalahan besar tidak mempamirkan. Tidak penah lagi aku lihat org menghisap rokok dalam premis butik ni.
  2. Kesalahan yang aku lakukan ini berat tiada maaf dan tolak ansur, Adillah pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kuala Muda wajib mengeluarkan notis kesalahan kerana premis aku menggalakkan orang menghisap rokok jika aku tidak pamirkan tanda larangan merokok
  3. Tidak pamirkan tanda larangan merokok tidak menunjukkan aku benci pada rokok

April 23, 2011

Pantai Merdeka

Sepetang mandi manda aku sekeluarga di Pantai Merdeka. Pantai Merdeka yang aku lihat dulu dengan sekarang telah banyak berbeza. Pantai Merdeka telah ditambah baik dengan wajah baru seperti medan selera yg bersih dan selesa, permainan kanak2, tempat berkhemah, menara JPA dan resort. Pemandangan kawasan sekitarnya menarik dan menyeronok.

Ketenangan Pantai Merdeka dapat lihat dengan ombak yang membadai pantainya. Paling penting kebersihan kawasan dan sekitarnya pantainya dijaga. Kebersihan sekitar pantainya dijaga maka keindahan Pantai Merdeka terpancar dan seronok untuk bersantai dan berkelah. Keseronokan pengunjung diukirkan dengan senyuman. Bersama kita menjaga kebersihan Pantai Merdeka.

(Photo- ketenangan alunan ombak Pantai Merdeka)

Jauh pandangan permai terletak Tanjung Dawai dan Gunung Jerai. Bot2 berulang alik dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai bersama pengunjung di kedua2 tempat tersebut. Di Tanjung Dawai, anda boleh membeli belacan, ikan kering, keropok dll. Di Pantai Merdeka pulak, anda boleh bersantai atau berkelah.

(Bot membawa pengunjung dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai)


(Nun di sana Gunung Jerai)






(Aku,Cik Jan, Cik Nurin dan Cik Adila)






Jom mandi laut di Pantai Merdeka.....rancang punya rancang ...akhirnye....tercapai juga kami membawa cik nurin mandi laut kat Pantai Merdeka. Sampai je kat Pantai Merdeka....cuaca pada mula...alhamdulillah baik, kira2 pukul 5 petang..... hujan mula turun......apa lagi angkat kaki balik....kepuasan dan keseronokan terpancar pada cik nurin dan cik adila........tengok aku tu pakai topi koboi....koboi laut katakan..... bersama cik jan dok latih cik nurin dan cik adila nak pecah rekod berenang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai......bleh ka?.....brani ka?.....berjaya ka?........yang pasti kami semakin hampir je............tapi kat Pantai Merdeka.....bukan Tanjung Dawai......

Pakat2 mai ke Pantai Merdeka. InsyaAllah, kedatangan anda pasti membawa keseronokan dan kepuasan dengan pemandangan Pantai Merdeka........pasti balik dengan kenangan Pantai Merdeka.....sambil dengaq lagu Cinta Pantai Merdeka...

April 17, 2011

tips pengayaan tudung

1. Pilihan kain dan anak tudung
  • Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai. Pilih juga dari jenis yang selesa.Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai
  • Kain tudung yang terlalu besar juga tidak sesuai. Ia boleh mencacatkan keseluruhan penampilan.

Pilihlah jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.

2. Majlis Korporat

  • Penggunaan tudung bersaiz empat segi adalah paling sesuai
  • Kain dari jenis kurang licin adalah lebih praktikal
  • Jenis fabric yang disarankan adalah kain kasa, cita bercampur, crepe dan gogette.

3. Majlis kasual atau siang

  • Elakkan tudung yang bermanik berlebihan. Ini kerana ia hanya sesuai untuk ke majlis formal atau makan.
  • Tudung bercorak lebih sesuai dipadankan dengan pakaian.

4. Selendang

  • Berselendang adalah sesuai digayakan ke majlis yang lebih formal.
  • Keanggunan akan terselah dan lebih menarik dipadankan dengan hiasan kerongsang ditepi bahu.
  • Jenis selendang paling sesuai seperti polyester, viscose silk dan sifon.

5. Selendang dan penjagaan rambut

  • Jenis fabrik juga penting dari aspek pengalian udara ketika memakai selendang.
  • Udara yang boleh bergerak bebas boleh menjaga kesihatan rambut juga menjaga kesihatan kulit kepala. Ia penting khusus untuk mengelak rambut menjadi panas. Rambut akan senang berbau hapak akibat peluhdikulit kepala. Keguguran rambut pasti berlaku.

6. Anak tudung

  • Pilihlah dari jenis kain yang tidak mudah melurut atau licin. Selendang akan mudah lucut dengan kain jenis ini.
  • Jika berambut pendek, gunakan saja 'hairband' atau cekak yang nipi. Mengikat selendang juga akan menjadi mudah.
  • Pastikan juga warna anak tudungn tidak sama dengan tudung atau selendang. Ia boleh menampakkan penampilan yang sudah berusia.

7. Berwajah bulat atau berisi

  • Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.
  • Kemaskan dibahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.

8. Berwajah sawo matang hingga gelap

  • Pilihlah dari warna-warna lembut
  • Bunga atau corak juga jangan pilih dari jenis bunga-bunga besar arau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar.

Nota :

Kecantikan tidak dapat dipisahkan oleh wanita. Oleh itu tuntutan Islam dalam berpakaian sepatutnya memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Menutup aurat
  • Menjaga kebersihan
  • Mementingkan kekemasan
  • Menjaga keselamatan wanita tersebut
  • Jenis Fabrik yang digunakan hendaklah tidak nipis dan jarang
  • Potongan baju juga tidak ketat
Bersama @ jumpa kami :-


Website
:-

http://www.mybutik2u.com/catalog/


Facebook :-

http://www.facebook.com/pemborong.mybutik2u

http://www.facebook.com/mybutik2u

Outlet :-

No.20, Jln. Tuanku Haminah 1, Tmn. Tuanku Haminah, Sg. Petani, Kedah Darulaman


WEBHOSTING & DOMAIN @ RM100/YEAR

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!