April 16, 2011

ketidakpuasan hati pd pelaksanaan undang2 pamer tanda melarang merokok

Pendirian

Kami benci perbuatan orang menghisap rokok. Sudah dah tahu merokok tu membahayakan kesihatan diri sendiri dan org sekeliling. Perbuatan merokok menyebabkan undang2 diciptakan dimana premis berhawa dingin diwajibkan mempamerkan tanda melarang merokok.

Undang2 tersebut telah dikenakan kepada butik kami. Kami tidak mengetahui mempamerkan tanda melarang merokok wajib dipamerkan di butik kami. Kami merayukan kpd pegawai diberikuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda tidak mengeluarkan notis dan memberi kami tempoh mempamerkan tanda melarang merokok tetapi kami dilihat spt melakukan kesalahan besar.

Inilah sebahagian kenyataan dlm notis tersebut,


Notis Memerintahkan Kehadiran Di Mahkamah.... Kesalahan gagal mempamerkan tanda berkenaan dengan larangan merokok di bwh akta makanan 1983 peraturan 12 (2) peraturan2 kawalan hasil tembakau 2004 dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda.... Diperintah supaya hadir sendiri @ mll peguam di mahkamah majistret di Sg. Petani pada 13/12/10 jam 8.00 pagi.... Gagal hadir, suatu waran tangkap boleh dikeluarkan mengikut subseksyen 32B(2) akta.... Kesalahan ini blh dikompaun......dinasihatkan utk membayar kompaun kesalahan seblm 11/11/10 di mana2 pejabat kesihatan daerah

Persoalan

  1. Bolehkah Akta Makanan 1983 dikenakan pada sebuah premis butik sbb kami bukan premis makanan
  2. Keperluan tanda melarang merokok tidak diberitahu semasa memohon lesen perniagaan di Majlis Perbandaran Sg Petani seperti meletakkan alat pemadam api
  3. Pegawai diberikuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda hanya melaksanakan undang2 dgn menghukum drp mendidik
Bantahan

Kami bukan membantah undang2 berkenaan tetapi cara melaksanakan undang2 tersebut, patutkah kami dikenakan notis berkenaan tanpa diberi amaran terlebih dahulu. Kami tidak mengetahui satu kesalahan tidak mempamerkan tanda melarang merokok di butik kami.

Pada pandangan kami, mempamerkan tanda merokok bkn kesalahan besar tapi kesalahan besar sepatutnya diletakkan kpd perokok. Perlaksanaan mempamerkan tanda melarang merokok bukan payah hendak dipamerkan. Harga papan tanda dilarang merokok pun hanya RM25 shj.

Cara perlaksanaan sepatutnya

Kami mempertikaikan cara melaksanakan undang2 tersebut. Pegawai diberikuasa Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda lebih suka menghukum drp mendidik. Sepatutnya perlaksanaan undang2 berkenaan dengan bertindak seperti berikut :-
  1. Menyeru iaitu war2kan di media cetak dan elektronik @ kempen
  2. Menyuruh dengan pengawai berkenaan turun padang bagi memastikan perlaksanaan dgn memberitahu keperluan mempamerkan tanda melarang merokok dan memberi tempoh mempamerkan
  3. Menghukum jika tempoh yg diberi tidak dilaksanakan. Lain pulak dengan pegawai kesihatan Daerah Kuala Muda yg baru turun padang dengan menghukum dgn mengeluarkan notis......sukanyer depa dengan kepayahan org lain
Jika tindakan berkenaan diambil, insyaAllah semua pihak akan menerima apa2 seadanya. Butik kami telah mempamerkan tanda melarang merokok seperti dikehendaki. Tinggal kes mahkamah je boleh selesai......insyaAllah, kami akan cakap ketidakpuasan hati tentang perlaksanaan undang2 berkenaan

suara yg kecik, sapa nak dengaq, sapa nak tolong.........hanya minta pertolongan dgn jln sabar dan solat

26/4/2011 ke mahkamah majistret, Sg Petani untuk perbicaraan, apa kesudahan lepas ni......semoga Allah S.W.T memberi jln keluar kepada kami terhdp ujian ini, amin.




No comments:

WEBHOSTING & DOMAIN @ RM100/YEAR

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!